Search This Blog

Tuesday, November 29, 2011

NOTA KATA TANYA


1. Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.

A.   Apakah ~  menanya benda
- Apakah benda bulat itu ?

B.   Siapakah ~ menanya manusia
- Siapakah nama bapa kamu ?

C.   Bilakah ~ menanya masa
- Bilakah kamu pergi ke perpustakaan ?

D.   Bagaimanakah  ~  menanya cara
- Bagaimanakah cuaca di Segamat?

E.   Mengapakah  ~  menanya sebab
- Mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah semalam ?

F.   Mana  ~  menanya tempat
- Di manakah kamu tinggal ?

NOTA SIMPULAN BAHASA


1. Simpulan Bahasa ialah ungkapan yang terdiri
    daripada dua perkataan yang membawa maksud
    tertentu.

A.   Kaki bangku – tidak pandai bermain bola

B.   Isi hati – perasaan seseorang.

C.   Yatim piatu – anak-anak yang kematian ibu bapa.
 
     D.   Buah fikiran – pendapat.

     E.   Anak emas – anak kesayangan

     F.   Puteri lilin – orang yang tidak tahan panas



Sunday, November 27, 2011

Nota Kata Sendi Nama


1. Kata sendi nama digunakan untuk menyatakan arah, tempat,
    benda, masa, orang dan sebagainya.

A.   Daripada    - orang, tempat, masa, perbandingan.
Cth:        Baju lebih mahal daripada seluar.

B.   Pada           - masa, benda, manusia
Cth:        Saya bangun pada awal pagi.

C.   Kepada       - orang, sasaran
Cth:        Berikan beg ini kepada adik.